Penyetempatan Permainan

Permainan BELUM Berakhir!

Apabila tiba waktu untuk bermain dan bersuka-ria, sepatutnya tiada sempadan. Sama ada halangan budaya atau bahasa, kami memastikan permainan anda digemari oleh setiap peminat permainan video, tanpa mengira bahasa ibunda mereka.

Permainan Sama-sama Menang!

Dengan peningkatan bilangan mereka yang bermain permainan di telefon bimbit atau dalam talian, terdapat keperluan yang semakin meningkat dalam menentu tempat permainan agar sesuai dengan rancangan pengembangan syarikat dalam pasaran global.

Bukan sekadar menjadi fasih dalam pasangan bahasa yang diterjemahkan, malah ia berkait dengan pengetahuan yang kukuh dalam bahasa permainan; mengambil kira perkara ini, kami bukan setakat menggaji ahli-ahli bahasa tempatan… kami menggaji pemain tempatan yang tegar.

Dan Pemenangnya Adalah…

Penyetempatan permainan berkualiti memerlukan kefahaman yang mendalam dan kesedaran lengkap terhadap aspek budaya. Perkataan yang mengelirukan atau imej yang tidak sesuai dengan budaya mungkin menyebabkan kerosakan dramatik kepada rancangan pengembangan anda. Selain itu, cabaran-cabaran teknikal boleh membazirkan masa dan sumber.

Pasukan jurutera berbakat kami dan rangkaian ahli-ahli bahasa tempatan yang besar membantu kami menyediakan perkhidmatan kos efektif dan boleh dipercayai kepada para pemain di seluruh dunia, dengan jaminan bahawa pelanggan kami memenangi permainan pemasaran setiap kali.

Suka Apa Yang Anda Lihat?

Hubungi Kami