Pemprosesan & Jaminan Kualiti

Penulenan Bahasa

Sistem jaminan kualiti 3-mata kami yang teliti memastikan perkhidmatan yang bebas daripada kesilapan. Sistem TEP (Terjemah-Sunting-Baca Pruf) yang kami gunakan diimplimentasikan sepenuhnya, setiap projek diuruskan dan diselia oleh pasukan pengurus projek dipilih khas yang menugaskan setiap projek kepada salah seorang daripada ahli bahasa kami yang berbakat dan penuh semangat.

Apabila langkah terjemahan/penyetempatan selesai, projek ini seterusnya diserahkan kepada penyemak kami yang mengedit, menyemak semula, dan memastikan mesej yang tepat, jelas, dan sesuai dengan budaya disampaikan; sebaik sahaja ia diluluskan, ulasan pembaca pruf yang diperakui serta berbahasa tempatan akan menapis dan mengindahkan bahasa projek, mengutamakan kepuasan pelanggan-pelanggan kami pada setiap langkah proses jaminan kualiti.

Formula Pemilihan

Kecemerlangan adalah satu pilihan, dan pilihan yang tepat adalah kunci kepada kecemerlangan.

 

Kecemerlangan adalah satu pilihan, dan pilihan yang tepat adalah kunci kepada kecemerlangan.

Di AsiaLocalize, kami menghargai dan mengiktiraf usaha setiap ahli kumpulan dan percaya bahawa kejayaan dan kecemerlangan kami adalah disebabkan oleh kakitangan kami yang berbakat dan berdedikasi.

Melaksanakan proses pemilihan yang teratur bukanlah satu tugas yang mudah. Dengan pangkalan data yang besar, memilih ahli bahasa yang tepat boleh mengelirukan. Ia memerlukan pengurusan vendor amat berkesan untuk menjangka keperluan masa hadapan dan menentukan bidang perniagaan, perkara-perkara berkaitan, kombinasi bahasa utama, dan jenis-jenis perkhidmatan yang perlu diliputi.

Terima kasih kepada pengurusan vendor kami yang cemerlang, kami mempunyai kumpulan bakat yang besar yang merangkumi semua aspek industri terjemahan dan penyetempatan.

Menyedari bahawa proses pemilihan yang berkesan adalah asas kepada industri terjemahan dan penyetempatan, kami melabur masa dan usaha dalam menetapkan dan menyusun kriteria pemilihan AsiaLocalize.

Di AsiaLocalize, calon-calon melalui pelbagai peringkat yang sukar untuk menyertai pasukan ahli bahasa kami, bermula dengan analisa resume dan semakan menyeluruh rujukan pelanggan terhadap ujian terjemahan dan penilaian kualiti perkhidmatan.


Berikut adalah gambaran ringkas tentang kriteria pemilihan kami:

Kecekapan penutur asli

Pendidikan yang relevan dan latihan formal sebagai penterjemah

Pengalaman yang mencukupi dalam bidang perniagaan yang disyaratkan, dan juga lain-lain keperluan projek

Kemahiran menggunakan memori terjemahan dan alatan CAT

Kebiasaan mengendalikan pelbagai format fail.

5 rujukan sah pelanggan

Lulus ujian terjemahan kami dalam subjek sasaran

Kebiasaan mengendalikan pelbagai format fail.

Senarai Semak Ajaib

AsiaLocalize melaksanakan metodologi Enam Sigma untuk memeriksa isu-isu berkaitan fungsi, dokumentasi, dan bahasa. Metrik dan prosedur kualiti yang ketat membantu menyelaraskan proses jaminan kualiti kami.

Prosedur jaminan kualiti yang kami gunakan tidak terhad kepada ketepatan bahasa dan budaya tetapi juga melibatkan pemeriksaan format, grafik, pautan, alamat, dan lain-lain.

Beberapa contoh senarai semak kualiti kami yang sempurna ialah


  • Penggunaan pemformatan untuk istilah perisian dan rujukan silang yang konsisten
  • Penjajaran jadual yang betul
  • Gaya dan nada yang konsisten (mengelakkan gaya penulisan pelbagai untuk satu produk supaya ia kelihatan senada)
  • Ketekalan di serata produk (ketekalan dari segi gaya, nada, dan istilah merentasi pelbagai produk)
  • Paparan aksara aksen dan tanda dagangan yang betul

  • Piawaian negara (penyesuaian rujukan budaya, seperti format tarikh dan masa, format unit pengukuran, mata wang dan nombor)
  • Penyetempatan penuh grafik
  • Kefungsian pautan
  • Adaptasi daripada pautan luar ke laman web setempat
  • Kesesuaian saiz titik untuk tulisan Asia kepada kebolehbacaan Asia
  • Penggunaan tanda baca yang betul

Berminat Bekerja Dengan Kami?

Hubungi Kami