Automotif dan Trak

Automotif dan Trak

Menghala ke arah Pasaran Global

Persaingan pasaran yang sengit dalam industri automotif memerlukan pembukaan pasaran baharu, sentiasa berusaha untuk menarik dan mengekalkan asas pelanggan yang kukuh, dengan tujuan untuk membina kesetiaan kepada jenama bagi memaksimumkan pendapatan dalam jangka masa panjang. Pelanggan secara semula jadi akan cenderung untuk membuat keputusan pembelian apabila mereka dapat berhubung dengan produk/perkhidmatan yang disediakan. Di AsiaLocalize kami bukan sahaja menjadikan mesej pelanggan kami difahami dalam pelbagai bahasa tetapi kami juga menjadikan ia berkaitan daripada segi budaya. Terima kasih kepada kepakaran dan kebolehan untuk diskala kami, pelanggan kami dalam perjalanan untuk ke pasaran global pada kelajuan tertinggi.

Pacuan Empat Roda

Dalam industri terjemahan dan penyetempatan, satu terjemahan yang tidak tepat mungkin memberi kesan negatif kepada keuntungan dan pendapatan, tetapi dalam bidang automotif yang produknya berkenaan penyelenggaraan atau manual operasi, kesilapan terjemahan yang paling kecil boleh membahayakan nyawa. Di AsiaLocalize, kami mempunyai pasukan pemandu bersemangat ingin menggerakkan jenteranya untuk beraksi. Kami bergantung kepada empat rukun yang memastikan kami menyediakan terjemahan dan penyetempatan perkhidmatan yang sukar ditandingi disesuaikan dengan industri automotif:  ahli-ahli bahasa tempatan penutur jati dengan pengetahuan yang tiada tandingan dan pemahaman yang mendalam tentang terminologi industri, panduan Gaya Dalaman untuk menghapuskan ketidaktekalan dan memastikan ketepatan penuh, dan glosari AsiaLocalize yang ditambah pula dengan penggunaan berkesan alat memori terjemahan. Kami menawarkan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai yang melampaui jangkaan membolehkan produk/perkhidmatan pelanggan kami untuk menyeberangi sempadan dengan mudah dan yakin

 

Skills

Posted on

October 13, 2015