E-Pembelajaran

E-Pembelajaran

Membawakan Kelas Masa Hadapan

“Pembelajaran dalam talian bukanlah perkara hebat yang akan datang; ia merupakan perkara hebat yang ada sekarang.” – Donna J. Abernathy

Membantu pelajar mendapat akses kepada maklumat dengan lebih cepat, dan cara yang lebih mudah lebih murah adalah satu matlamat yang bernilai untuk diperjuangkan. Di AsiaLocalize, kami menghubungkan pelajar di seluruh sempadan geografi, membawa kemahiran masa hadapan kepada pelajar hari ini.

Boleh dikatakan,masa untuk pen dan kertas sudah berlalu. Tidak kira berapa besar kebenarannya, hakikatnya perkembangan pesat industri E-pembelajaran dalam tahun-tahun kebelakangan ini tidak dapat dinafikan.

Membentuk keseragaman dalam bahan-bahan latihan untuk syarikat korporat multinasional dan seterusnya membina mesej global seragam dalam pelbagai bahasa bagi memastikan semua orang memahami perkara yang sama, meningkatkan keuntungan di samping mencapai audiens yang lebih luas, dan menyediakan keperluan pasaran pendidikan terhadap bahan latihan yang lebih interaktif dan menarik secara visual adalah antara sebab di sebalik pertumbuhan pesat industri E-pembelajaran.

Dengan pertumbuhan industri E-pembelajaran muncul banyak keperluan kepada pasaran. Menyedari set keperluan yang unik bagi setiap projek, di AsiaLocalize kami dengan cekap menangani keperluan ini dengan menghasilkan bahan latihan yang disesuaikan dengan contoh-contoh, imej, tarikh dan format penomboran, dan warna yang berkaitan dan sesuai dengan budaya bagi pelajar yang di sasaran lokal.

Perkhidmatan kami dalam industri E-pembelajaran termasuklah penyetempatan dan terjemahan untuk alat-alat latihan dan platform berikut:

  • Manual arahan dan bahan-bahan latihan
  • Modul kursus dan vignet
  • Persembahan PowerPoint
  • Kandungan audio dan video
  • Sari kata dan alih suara
  • E-pembelajaran berasaskan cerita

 

Skills

Posted on

October 13, 2015