Bidang Elektronik:

Bidang Elektronik:

Satu Kuasa Besar

Sejak tahun 1883, apabila Thomas Alva Edison mendapati bahawa elektron mengalir dari satu logam pengalir ke logam lain melalui vakum, industri elektronik telah membuat lonjakan luar biasa di pasaran global. Dengan permintaan untuk produk elektronik semakin meningkat, pengeluar barangan elektronik menyedari bahawa terdapat keperluan segera untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka dengan berkesan dalam bahasa ibunda mereka. Menerbitkan satu bahan jualan dan sokongan berbilang bahasa seperti manual pengguna dan bahan bacaan jualan kini satu keperluan dan piawaian industri.

Malah produk yang berkualiti tertinggi dengan spesifikasi yang terbaik boleh berhempas pulas untuk menembusi pasaran baharu jika tidak dilengkapi oleh rakan kongsi yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran untuk menyesuaikan produk/perkhidmatan mereka kepada audiens sasaran dengan cekap.

Di AsiaLocalize, kami mengenal pasti potensi perangkap bahasa dan menanganinya secara profesional. Dengan pengalaman yang luas dalam berurusan dengan istilah elektronik khusus, ahli-ahli bahasa kami mempunyai pengetahuan industri elektronik yang terbaik.

Ahli-ahli bahasa boleh menguasai lebih daripada satu bahasa tetapi hanya penutur asli boleh menguasai aspek-aspek budaya. Menyedari hal ini, kami hanya mengambil ahli bahasa penutur jati tempatan, yang menjamin produk/perkhidmatan yang sesuai dengan budaya berbilang bahasa.

Skills

Posted on

October 13, 2015