IT dan Telekom

IT dan Telekom

Had Kelajuan Tidak Dibenarkan

Kepesatan industri telekomunikasi dari segi inovasi produk dan permintaan, dengan bilangan perkhidmatan dan aplikasi untuk telefon mudah alih, sistem navigasi satelit, dan peranti lain meningkat secara mendadak dan melonjakkan sempadan hubungan global.

Bagi meneruskan persaingan sengit dan meningkatkan kadar pertumbuhan mereka semasa menghadapi cabaran yang berpunca daripada trend teknologi baharu dan permintaan pelanggan, telekom perlu mengembangkan pasaran mereka di peringkat global secara konsisten. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan dalam bahasa ibunda mereka, dengan mengambil kira aspek budaya, persekitaran, dan gaya hidup, adalah penting untuk bertapak di pasaran baharu.

Industri telekomunikasi telah mengalami letupan pertumbuhan pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan Asia memainkan salah satu peranan yang paling dinamik. Walau bagaimanapun, masih ada cabaran yang besar untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di samping mengurangkan kos. Di AsiaLocalize kami memahami keperluan kritikal untuk melancarkan produk telekom/perkhidmatan baharu pada masanya. Kami bukan sahaja bersaing dengan kemajuan teknologi yang pesat dalam industri telekom tetapi juga sentiasa mendahului memastikan perkhidmatan penyetempatan dinamik dan kos efektif yang disesuaikan dengan norma-norma budaya sasaran lokal.

Skills

Posted on

October 13, 2015