Sains Hayat

Sains Hayat

Satu Perkataan, Berbilang Nyawa

Apabila dunia penyetempatan dan penjagaan kesihatan bertembung, perhatian terperinci menjadi penting. Sebagai contoh, satu perpuluhan tidak betul yang diletakkan pada risalah pesakit boleh mengancam nyawa atau sekurang-kurangnya mengakibatkan kelewatan dan penarikan balik produk. Di AsiaLocalize, terutama dalam sektor sains hayat, kami menganggap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi sebagai satu daripada prasyarat untuk kecekapan.

Berusaha ke arah matlamat utama untuk menyediakan akses berbilang bahasa kepada kandungan menyelamatkan nyawa, kami bangga menyumbang untuk membuka pintu pasaran global untuk beribu pesakit dan profesional kesihatan.

Penyembuhnya adalah Penyetempatan

Sama ada anda adalah sebuah syarikat farmaseutikal bercadang untuk memperkenalkan produk ke pasaran baharu, sebuah pertubuhan penjagaan kesihatan yang perlu meluaskan skop, atau syarikat peralatan perubatan yang dikehendaki menyetempatkan pelabelan termasuk perisian, manual pengguna, dan arahan penggunaan, sebuah agensi penyetempatan yang dipercayai adalah rakan yang amat anda perlukan.

Di AsiaLocalize, kami memahami keperluan peraturan sentiasa berubah-ubah dan standard antarabangsa yang para pelanggan kami perlu patuhi. Kami senantiasa mengemas kini dan memuatkan kandungan anda sewajarnya.

Tiada Kesan Sampingan

Sistem jaminan kualiti kami yang holistik dan komprehensif disokong oleh gabungan sempurna teknologi dan kepakaran menyampaikan perkhidmatan berkualiti premium dalam lingkungan bajet dan peruntukan masa.

Sistem TEP AsiaLocalize (Terjemahan-Sunting-Bacaan Pruf) adalah yang paling canggih dalam industri Sains Hayat, disokong oleh prosedur jaminan kualiti yang ketat dalam setiap langkah. Dengan ahli-ahli bahasa penutur jati tempatan kami yang mempunyai pendidikan, latihan dan pengalaman sempurna yang sesuai dengan hal-hal berkaitan, tiada keraguan bahawa mesej anda disampaikan dengan tepat dan tanpa cela menepati piawaian industri dan norma budaya.

Bekerja di arena sains hayat yang dinamik, kami komited untuk melaksanakan penyelesaian dengan teknologi terkini. Di AsiaLocalize, kami menggunakan alat CAT seperti Trados, sdlx, Passolo, MemoQ, dan Across, khusus untuk menyediakan penyelesaian terjemahan dan penyetempatan yang ideal dengan cara yang tepat pada masanya.

Dalam sektor sains hayat, kami berurusan dengan rekod pesakit perubatan, penemuan saintifik, dan data penyelidikan klinikal yang kritikal. Justeru, tidak ada ruang untuk menjejaskan kerahsiaan. Di AsiaLocalize, kami memastikan kandungan pelanggan-pelanggan kami kekal rahsia dan selamat.

Skills

Posted on

October 13, 2015