Penyetempatan Laman Web

Dimana Kanan dan Kiri Bertemu


Bukan semua bahasa dibaca dari kiri ke kanan (LRT); beberapa bahasa dibaca kanan ke kiri (RTL), yang kadang-kadang menimbulkan masalah dengan reka bentuk dan susun atur laman web tersebut. Di AsiaLocalize, kami mempunyai alat teknologi novelti yang menyokong kedua-dua bahasa RTL dan TLR, membolehkan kami untuk mengelakkan perangkap bahasa yang biasa terjadi kepada penyetempatan laman web.

Bolehkah Anda Berbahasa Global?

Apabila ruang dan sempadan tidak lagi wujud, perlu ada sebuah pintu yang boleh dilalui semua orang tanpa mengira bahasa pertuturan mereka. Dalam dunia perniagaan, pintu ini merupakan laman web syarikat.

Dengan berbilion-bilion pengguna Internet, laman web anda kini platform untuk anda pertama kali bertemu pelanggan anda.Sebuah laman web boleh mencerminkan imej korporat yang terbaik bergantung kepada setakat mana bermaklumat, tepat, dan mesranya ia di peringkat antarabangsa. Mungkin menarik untuk mengetahui bahawa kajian telah mendedahkan bahawa lebih daripada 70% daripada pelanggan lebih cenderung untuk membeli apabila mereka menikmati keselesaan melalui pelbagai produk/perkhidmatan dalam bahasa ibunda mereka.

Oleh itu, semasa mempertimbangkan untuk memperluaskan pasaran di peringkat global, sesebuah perbadanan itu perlu mendapatkan laman web setempat dengan betul. Di AsiaLocalize, kami menawarkan perkhidmatan laman web berkualiti tertinggi dalam pelbagai pasangan bahasa: Bahasa Inggeris ke Jepun, Bahasa Jerman ke Jepun, Bahasa Jerman ke China, sebagai contohnya.

Mengetahui bahawa menterjemahkan kandungan laman web ini tidak semestinya menjadikannya lebih relevan kepada pelanggan, kami menyediakan kandungan yang sempurna yang khusus mengikut tempat.

 

Menggaji hanya ahli-ahli bahasa tempatan yang berpengalaman, kami menjamin pemahaman yang kukuh mengenai budaya khusus setempat, dengan mengambil kira semua butiran daripada perbezaan di dalam format masa dan tarikh kepada mata wang, ukuran, imej, dan gaya menulis.

Di AsiaLocalize, penyetempatan laman web adalah perkhidmatan 24 jam, yang dapat memenuhi pelanggan-pelanggan kami pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kami fleksibel dengan semua sistem operasi termasuk Windows, pelbagai distribusi Linux, Netware, Solaris dan Macintosh

Khidmat penyetempatan Laman web AsiaLocalize termasuklah tetapi tidak terhad kepada

  • Terjemahan dan adaptasi daripada kandungan laman web lebih daripada 30 pasangan bahasa
  • Terjemahan dan penyetempatan kandungan rangkaian sosial
  • Terjemahan dan adaptasi daripada kandungan laman web yang mesra telefon bimbit
  • Penyetempatan grafik
  • Ujian laman web lokal
  • Penilaian dan kajian bahasa, grafik, reka bentuk, kod, kesesuaian budaya dan fungsi
  • Menguruskan kemas kini dan penyelenggaraan laman web pelbagai bahasa

The Secret Code


Dengan lebih daripada 800 juta pengguna Internet, Asia adalah rumah kepada audien yang besar, apa sahaja sektor perniagaan anda. Walau bagaimanapun, banyak bahasa Asia adalah dalam bit berganda seperti Jepun, China dan Korea, yang mungkin, dalam situasi tertentu, diiringi oleh batasan berkenaan dengan set aksara yang diperlukan untuk mencipta kandungan bagi bahasa yang dinyatakan; ini mungkin memberi kesan negatif kepada penampilan laman web anda atau, lebih buruk lagi, menjadikan ia tidak boleh difahami.

Kami di AsiaLocalize menyokong set aksara khusus yang diperlukan bagi setiap projek bagi memastikan keserasian bagi semua pengguna, menyediakan laman web yang berpusatkan pengguna.

Maksud yang Sama, Panjang yang Berlainan


Seringkali berlaku, terutamanya apabila menterjemah dari Bahasa Inggeris ke Asia, terjemahan perkataan yang tepat akan mengambil ruang yang lebih besar. Pengembangan teks adalah perangkap  bahasa yang kami analisis dengan teliti, menyedari bahawa susun atur campur aduk adalah satu isu yang yang mungkin akan timbul dalam kes

Melabur dalam teknologi maju dan dengan hala tuju penyetempatan laman web yang disusun dengan teliti untuk setiap projek, kami berurusan dengan semua variasi saiz teks, dengan komitmen untuk membawa konsistensi dan ketepatan ke laman web anda.

Cepat dan Sempurna


Penyetempatan laman web boleh memakan masa dan sumber jika tidak dirancang dengan berhati-hati dan diimplimenkan secara efisyen. Kami melabur dalam teknologi tercanggih dan ahli-ahli bahasa tempatan dan dalaman yang disahkan, memastikan kedua-dua kombinasi tersebut berjaya termasuk kualiti dan masa pulangan yang cepat.

Suka Apa Yang Anda Lihat?

Hubungi Kami