Kesalahan dalam Terjemahan… Temui penyelesaian di AsiaLocalize

“Bukan semua orang yang tahu cara menulis adalah seorang penulis dan bukan semua orang yang tahu dua bahasa adalah penterjemah.”

Oleh kerana ini adalah prinsip yang kami dukung dan laksanakan dalam proses pemilihan, ahli bahasa kami menganggap terjemahan bukanlah sekadar sebutan perkataan tetapi sebaliknya menjadikan keseluruhan budaya itu difahami. Dengan setiap bahasa yang diterjemahkan, kami berusaha ke arah matlamat untuk memberi wawasan baharu, peluang penjenamaan pasaran baharu, kami bergantung kepada pasukan ahli bahasa tempatan yang peka budaya untuk memberikan pelanggan kami produk/perkhidmatan dengan penampilan dan rasa tempatan. Semua ahli bahasa adalah diperakui, berpengalaman, terlatih dan pakar dalam hal-hal berkaitan. Mereka menjalani beberapa siri ujian yang sukar sebelum menyertai pasukan kami.Selain itu, kebanyakkan ahli bahasa kami adalah kakitangan dalaman.

Di AsiaLocalize,tiada keraguan yakin bahawa ahli-ahli bahasa kami akan akan berusaha gigih untuk menyampaikan mesej anda merentasi sempadan.

Kesempurnaan… Satu-satunya Parameter Kami

Dalam pasaran yang amat pantas dan kompetitif hari ini, tidak ada banyak masa untuk sistem pengurusan cuba-dan-betulkan; kami amet menyedari bahawa para pelanggan kami, walau apapun sektor perniagaan mereka, bukan sekadar mencuba-cuba dan sebaliknya memilih untuk terus melangkah merentasi ke pelbagai saluran pasaran global.

Hanya perkhidmatan penyetempatan yang unggul dapat membantu anda bermula dan terus memecut dalam pasaran global. Dengan pemikiran sebegini, kami menjamin [1}kualiti{2] perkhidmatan kami yang sempurna.

Dengan rangkaian meluas ahli-ahli bahasa tempatan yang sungguh bersemangat, mereka mamtuhi langkah-langkah jaminan kualiti kami yang ketat, bersama-sama dengan teknologi terkemuka yang digunakan, AsiaLocalize memupuk namanya kerana ketepatan dan kecekapan.

Nilai Wang Terbaik

AsiaLocalize fokus untuk mengurangkan kos di samping mengekalkan standard tertinggi dalam industri penyetempatan.Memfokuskan kepada matlamat ini, AsiaLocalize tidak mengenakan bayaran tergesa-gesa. Di samping itu, kami menawarkan perkhidmatan ujian percuma, membolehkan pelanggan kami menilai kualiti kerja kami secara percuma.

Pelanggan-pelanggan kami tidak perlu lagi membayar untuk perkataan berulang-ulang, ayat ataupun frasa. Di AsiaLocalize, kami menggunakan alat CAT dan memori terjemahan yang unik untuk setiap pelanggan, yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga mengurangkan kos projek terjemahan kepada minimum, yang menawarkan nilai terbaik untuk wang.

Mesin Masa

Memahami bahawa masa itu emas terutamanya dalam dunia perniagaan, kami komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam zon masa tempatan mereka. Mempunyai rangkaian ahli-ahli bahasa berdedikasi yang luas dan bebrilang, bersama-sama dengan teknologi tercanggih yang kami gemar gunakan, kami memenuhi keperluan semua pelanggan dalam tempoh masa yang diminta dan syarat-syarat perjanjian.

 

At AsiaLocalize, we use specialized software for the terminological standardization of the texts to be able to offer high-quality service in a timely manner.

Bermula dengan Langkah yang Betul

Mengetahui ketepatan merupakan tonggak kepada industri kami dan kunci untuk merapatkan budaya, kami menetapkan keutamaan tertinggi pada konsistensi dalam menyampaikan ketepatan yang terbaik dalam setiap projek. Dalam rangka kerja ini, kami mempunyai pasukan pengurus projek yang berkelayakan tinggi yang sentiasa gigih menyampaikan projek anda pada masanya dan dengan kualiti yang terbaik. Mereka mengekalkan satu proses komunikasi yang berkesan dengan pelanggan, menjelaskan tujuan projek dan mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi memastikan permulaan yang berjaya dan mengelakkan sebarang kekaburan yang memakan masa semasa mengerjakan projek pelanggan..

Seruan Teknologi

Menghadapi inovasi teknologi terkini tidak memadai. Di Asialocalize [1]kami maju selangkah dihadapan menggunakan alatan CAT utama (cth., Trados, SDLX, Passolo, MemoQ dan Across). Pasukan kejuruteraan kami yang terlatih dan berpengalaman dilengkapi dengan semua aplikasi perisian dan alat-alat berteknologi tinggi, berusaha ke arah perkhidmatan yang kos efektif dan cekap.

A-Z Rakan Pnyetempatan

Kami menawarkan satu set penyelesaian penyetempatan komprehensif yang memenuhi semua langkah-langkah dalam kitaran hayat perkhidmatan penyetempatan. Kami menawarkan perkhidmatan kami kepada pelbagai industri seperti automotif, perbankan, sains hayat, telekomunikasi, dan lain-lain lagi. Di AsiaLocalize, penyelesaian penyetempatan mutakhir anda hanyalah dengan sentuhan butang.

Z

Ketekalan Diutamakan

Dengan sinonim yang tidak terkira untuk sepatah perkataan, kerumitan jargon, dan pelbagai cara menulis ayat yang sama, ini passti akan menimbulkan percanggahan, yang seterusnya mungkin membawa kepada kekeliruan dan salah faham. Sehubungan itu, pasukan profesional ahli-ahli bahasa berpengalaman kami dengan tegas berpegang teguh kepada  In-House Style Guide dan istilah glosari AsiaLocalize bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami menyampaikan mesej yang jelas kepada pelanggan mereka.

Berminat Bekerja Dengan Kami?

Hubungi Kami